Pendapat Kritis

RSS Feed

Ibrahim Ali yang bodoh, bahlul, bangang dan kelabu asap

Sejak bilakah manusia ini yang terkenal dengan perbuatan “melompat-lompat” daripada satu parti politik ke satu politik yang lain (sebab mengapa gelaran Al-Kataki diberikan padanya) pandai pula bercakap mengenai soal Islam dan kononnya menjadi wakil untuk umat Melayu-Islam secara amnya di Malaysia ini? Beliau hanya tahu bercakap soal rasisme Melayunya yang tebal dan sangat taksub pada ideologi assabiyyah Melayu tanpa tahu asas fakta yang sebenarnya. Jika ini perangainya, maka saya lebih rela melihat Melayu seperti beliau terhapus dari muka bumi Malaya, hatta seluruh jagatraya ini. Menjerit “Hidup Melayu!” (seolah-olah melanggar ketentuan Allah SWT pula, sejak bilakah ditetapkan di dalam Al-Qur’an bahawa Melayu akan hidup selama-lamanya?) tidak akan menyelamatkan beliau di akhirat, itu sudah pasti.

Berita kononnya paderi-paderi Kristian telah berkampung di sebuah hotel di Pulau Pinang dan berkonspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian dengan Perdana Menteri seorang Kristian adalah sebuah berita palsu yang hanya diwar-warkan oleh Utusan Meloya bagi meraih suaka politik semata-mata. Sekiranya ia adalah benar, saya tidak akan teragak-agak untuk menghebahkannya di blog ini atau di laman-laman web saya yang membantah agama Kristian secara khusus, lihat di sini dan di sini.

16 Mei

Tiada komen »

Tiada komen yang ditinggalkan.

Tinggalkan komen anda

Bedøvende kondomer er for alle mænd Kondomer med bedøvende creme er ikke kun for dig, der kommer meget tidligt i samlejet. Det er nemlig ikke din fejl, hvis du kommer hurtigere end din kvinde, for kvinder har af hormonelle årsager brug for at blive stimuleret i længere tid for at opnå orgasme. Prøv et Bedøvende kondom her.