Pendapat Kritis

RSS Feed

Jadi yang manakah benar?

Pilihanraya Umum yang ke-14 sudah tiba dan peluang yang ditunggu-tunggu oleh rakyat untuk menjatuhkan rejim Najib Razak sudah terbuka.

Semua telah tahu akan kemasukan Mahafiraun ke dalam gabungan pakatan pembangkang yang diberi nama “Pakatan Harapan” selepas keluarnya PAS daripada blok ini. Adalah amat menghairankan mengapakah mereka sanggup menerima seorang tua yang terkenal dengan pelbagai kepincangan dan kezaliman sepanjang pemerintahannya dua dekad yang lalu.

Hakikatnya, kalau hendak mengambilnya semula sebagai pemimpin sekalipun, janganlah diberikan mandat yang terlalu besar sehinggakan beliau akhirnya diumumkan sebagai calon Perdana Menteri Malaysia yang ke-7!

Penulis sememangnya tidak bersetuju dengan keputusan yang diambil ini. Hanya satu jalan sahaja yang boleh diambil, iaitu sama ada memangkah bulan (sekiranya bertanding di sini) atau merosakkan kertas undi sebagai tanda protes.

Ya, kita tahu dan sedar bahawa Pakatan Harapan pada kali ini boleh dan akan menumbangkan Barisan Nasional, tetapi kita jangan pula lupa siapa yang memulakan kedurjanaan yang disinambungkan oleh Najib Razak dan UMNO selepasnya!

22 Apr

Tiada komen »

Tiada komen yang ditinggalkan.

Tinggalkan komen anda

Bedøvende kondomer er for alle mænd Kondomer med bedøvende creme er ikke kun for dig, der kommer meget tidligt i samlejet. Det er nemlig ikke din fejl, hvis du kommer hurtigere end din kvinde, for kvinder har af hormonelle årsager brug for at blive stimuleret i længere tid for at opnå orgasme. Prøv et Bedøvende kondom her.