Pendapat Kritis

RSS Feed

Keputusan Harimau Malaya menentang Singapura

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Daripada isu sosio-politik, kita tinggalkan sebentar dan beralih pula ke topik sukan, iaitu yang melibatkan pasukan bolasepak kebangsaan kita yang menentang Singapura(-pura) bagi perlawanan pertama malam tadi, untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2012. Keputusannya adalah Malaysia 3 Singapura 5.

Secara jujurnya saya memang tidak berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan barisan pertahanan negara. Ia terlalu senang sangat dibolosi, terutamanya oleh pemain perut boroi mereka Qiu Li dan juga kuda tua Aleksandar Duric. Malah, kehadiran para pemain “Awang Import” Singapurapura (yang bukannya singa tulen) jelas mendominasi permainan mereka dan pemain-pemain tempatan mereka tenggelam dalam permainan.

Secara keseluruhannya, pasukan Singapurapura bukanlah terlalu bagus sangat. Yang sebetulnya, kemenangan Singapurapura ini bukannya disebabkan mereka bagus bermain, tetapi disebabkan kelalaian barisan pertahanan kebangsaan yang “menghadiahkan” kemenangan ini kepada mereka. Permainan Sarbinee Alawee sebagai penjaga gol begitu mengecewakan sekali, malah saya amat-amatlah berharap agar beliau digantikan sahaja dengan Khairul “Apek” Fahmi Che Mat.

Dari sudut positifnya pula, menjaringkan 2 gol lagi di tempat lawan ketika kita ketinggalan 1 – 4 selepas separuh masa pertama adalah sesuatu yang membanggakan. Terbukti jugalah bahawa Safee Sali adalah penyerang kita yang terbaik dan terunggul pada ketika ini, dan saya rasa tidak terlalu awal untuk menyatakan bahawa memanglah beliau adalah “jelmaan” semula arwah Mokhtar Dahari. Juga, pujian harus diberikan pada Abdul Hadi Yahya, yang saya nampak sudah kembali dengan sentuhan berbisanya di pentas antarabangsa. Pemenang kasut emas Liga Super Malaysia 2011 ini adalah pengganti terbaik untuk digabungkan dengan Safee Sali, terutamanya pada ketika Norshahrul ” Mat Yo” Idlan Talaha sedang mengalami kecederaan dan terpaksa digugurkan. Juga, disebabkan “little dynamo” dan pakar tendangan percuma kita Safiq Rahim sudah dilayangkan kad merah dan tidak akan bermain dalam perlawanan kedua, saya rasa peluang kepada Ismail Faruqi Ashaari harus diberikan sekali lagi untuk mengisi “kekosongan” itu. Diharap pada perlawanan kedua nanti, kita boleh mengatasi defisit 2 gol ini untuk mara ke pusingan ketiga nanti.

Ini adalah sesuatu yang tidak mustahil dan saya percaya skuad Harimau Malaya yang ada sekarang ini mampu melakukannya. Cuma, apa yang perlu dilakukan sekarang adalah memperbetulkan barisan pertahanan (kalau boleh, kita bawa masuk Norhafiz Zamani Misbah dan S. Subramaniam kembali ke dalam skuad kebangsaan) dan semestinya menukarkan penjaga gol yang ada sekarang.

24 Jul

2 komen »

  1. memuaskan lah bro.,apa yang bro tulis ni terbaik.,diharap skuad mesia dapat perkemaskan lagi apa yang patut..,selamat berjaya semua

    Komen ditulis oleh maram perapu kepunden paran sekeper — Julai 24, 2011 @ 7:44 am

  2. Aku setuju bro..Aku rasa defend tu kena ada satu leader. S Subramaniam tu OK.
    Tengah tu ganti someone untuk Shaffik Rahim…Chanturu atau ismail faruqi mungkin…forward kekalkan Abdul Hadi n Safee Sali…yang paling penting defend kena disiplin n x boleh leka langsung….

    Komen ditulis oleh Shaffik — Julai 25, 2011 @ 9:21 am

Tinggalkan komen anda

Bedøvende kondomer er for alle mænd Kondomer med bedøvende creme er ikke kun for dig, der kommer meget tidligt i samlejet. Det er nemlig ikke din fejl, hvis du kommer hurtigere end din kvinde, for kvinder har af hormonelle årsager brug for at blive stimuleret i længere tid for at opnå orgasme. Prøv et Bedøvende kondom her.