Pendapat Kritis

RSS Feed

Kerajaan Pakatan negeri Perak jatuh

Kenyataan ini tidak boleh disangkal lagi, saya berharap semua penyokong Pakatan Rakyat, terutamanya ahli-ahli PAS, bersabar dan tenang menghadapi musibah ini. Jelas sekarang bahawa Babi Negara (BN) sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah “menculik” ADUN-ADUN dan menawarkan “imbuhan” yang sangat tinggi (khabarnya setiap seorang mendapat RM50 juta) untuk memujuk mereka melompat parti.

Ini suatu taktik yang sudah lapuk, ia berlaku sejak PAS mula-mula menguasai kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu buat pertama kalinya dalam tahun 1950-an. Kerajaan Terengganu PAS pada tahun 1959 hanya dapat bertahan selama setahun sebelum jatuh akibat undi tidak percaya. Kita juga maklum dengan kejatuhan kerajaan negeri Sabah pimpinan PBS pada tahun 1994 akibat “pembelian” Babi Negara (BN).

Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang sedang berlaku ini, kita tidak tahu. Hanya Allah s.w.t. yang menentukan, bukannya manusia.

04 Feb

1 komen »

  1. Dan Allah S.W.T telah menunjukkan, dan dengan keizinan dia jua lah segalanya telah berlaku. dengan keizinan dia jua lah Kerajaan Perak jatuh. Alhamdulillah

    Komen ditulis oleh Pemuda — Februari 5, 2009 @ 1:48 pm

Tinggalkan komen anda

Bedøvende kondomer er for alle mænd Kondomer med bedøvende creme er ikke kun for dig, der kommer meget tidligt i samlejet. Det er nemlig ikke din fejl, hvis du kommer hurtigere end din kvinde, for kvinder har af hormonelle årsager brug for at blive stimuleret i længere tid for at opnå orgasme. Prøv et Bedøvende kondom her.