Pendapat Kritis

RSS Feed

Kumpulan rasis UMNO Melaka terlebih sudu dari kuah

Lucu rasa hati saya apabila membaca berita ini:

About 500 members of the Malacca 4B Youth Movement and Malacca Umno Youth today staged a peaceful gathering in protest of Pakatan Rakyat leaders who insulted the sovereignty of Sultan Azlan Shah of Perak.

[…]

The group also held up posters and banners reading “Lucutkan Kerakyatan Penderhaka” (Strip off the citizenship of the traitor), “ISA Terhadap Penderhaka” (ISA for the traitor), “Jangan Derhaka Dengan Sultan” (Don’t commit treason against Sultan) and “Pertahankan Raja Melayu” (Defend the Malay rulers).

Terjemahan: Lebih kurang 500 ahli Belia 4B Melaka dan Pemuda UMNO Melaka hari ini berkumpul untuk menunjuk perasaan memprotes terhadap para pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa menghina kedudukan Sultan Perak

[…]

Kumpulan ini juga membawa sepanduk dan poster yang berbunyi “Lucutkan Kerakyatan Penderhaka”, “ISA Terhadap Penderhaka”, “Jangan Derhaka Dengan Sultan” dan “Pertahankan Raja Melayu”.

Para pembaca sekalian, inilah sikap munafik dan hipokrit yang terdapat pada setiap ahli UMNO, tidak kira dari negeri mana sekalipun. Persoalannya, apakah kaitan negeri Melaka dengan Kesultanan Melayu Perak sedangkan Melaka sudah lama tidak bersultan sejak kejatuhan empayar Melaka pada tahun 1511? Butakah ahli-ahli UMNO Melaka kepada sejarah? Jika benar mereka ingin pertahankan kedudukan Raja-raja Melayu, mengapakah tiada inisiatif diadakan untuk mengembalikan Kesultanan Melayu Melaka kepada kedudukannya yang asal? Mereka hanya tahu memprotes dan memprovokasi dengan menggunakan sentimen perkauman dan kebangsaan, tetapi saya sebagai seorang rakyat Malaysia berbangsa Jawa-Muslim (ingat, Jawa dan bukan Melayu) berasa malu dengan sikap sesetengah pihak yang terlebih sudu dari kuah.

08 Feb

1 komen »

  1. Saya terbaca tuan punya blog ni tapi saya bukan pandai sgt email mengemail ni dan jarang2 buka email, tapi dah tersedia utk komen saya nak lepas geram juga pd sesiapa je org d malaysia ni yg tidak tahu bersyukur d mana bumi dipijak disitu la langit dijujung, Apa yg kerajaan buat semua tak betul, saya org bebas tapi sayangkan negara dan tanah air yg inginkan keamanan berterusan.

    Tapi kini saya semakin benci pd PAKATAN RAKYAT YG BUSUK HATI dan JAHAT tak perlu la saya huraikan saya pun tak ada masa yg ini pun curi masa nak masak anak nanti balik sekolah, INGAT LA SEJARAH SUSAH PAYAH ORG DULU2 UTK MERDEKA dan menbantu org susah, skrg ni byk yg dah lupa dari mana dtg kerna nak kuasa sangup gadai bangsa, Bagaikan lepaskan anjing tersepit. MELAYU KE JAWA KE JGN MUDAH LUPA SEJARAH dan BERSYUKUR LA…!!!

    [MENJ: Kamu ni sudah naik syeh ke atau sudah tidak siuman lagi? Apa kena mengena sejarah dengan sifat rasis UMNO?]

    Komen ditulis oleh nas — Mac 6, 2009 @ 2:03 pm

Tinggalkan komen anda

Bedøvende kondomer er for alle mænd Kondomer med bedøvende creme er ikke kun for dig, der kommer meget tidligt i samlejet. Det er nemlig ikke din fejl, hvis du kommer hurtigere end din kvinde, for kvinder har af hormonelle årsager brug for at blive stimuleret i længere tid for at opnå orgasme. Prøv et Bedøvende kondom her.