Pendapat Kritis

RSS Feed

Mat Sabu, baik kamu diam tentang Bukit Kepong!

Saya benar-benar marah dengan apa yang telah berlaku. Manusia Syiah durjana bernama Mat Sabu ini adalah orang yang bebal dan telah menyatakan sesuatu yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa pun sebelum dia membuka mulutnya. Ini adalah antara sebab mengapa saya lebih suka jika Ustaz Nasha memegang jawatan tertinggi di dalam PAS daripada si bebal yang buta sejarah ini. Untuk meringkaskan apa yang saya fikir: ya, memang benar bahawa para anggota polis di Bukit Kepong “diberi gaji” oleh pihak British. Tetapi pengganas Komunis dengan ideologi ateis mereka yang jahat adalah masalah yang lebih besar daripada pihak British yang kelihatan lebih adil dan sentiasa menitik-beratkan kebajikan Tanah Melayu pada waktu itu. Antara kedua-duanya, Islam sentiasa menyuruh untuk lebih kepada “kejahatan” yang lebih kecil. Oleh itu di dalam hal ini, para anggota polis yang telah mengorbankan nyawa dan keluarga mereka ketika menahan asakan komunis di Bukit Kepong adalah wira-wira sebenar untuk Tanah Melayu, bukannya “Mat Indera” dan kumpulan pengganas yang dipimpinnya.

Apakah sudah jelas sekarang, Mat Sabu? Maka tutuplah mulut kamu dan baik kamu diam sekarang, sebelum anda menyebabkan kerosakan yang lebih berat kepada PAS dan dan menyebabkan PAS hilang undi-undi penting daripada orang-orang Islam. Ini datangnya daripada saya yang merupakan ahli seumur hidup PAS. Saya membebaskan diri saya sendiri dan ahli-ahli PAS yang lain daripada komentar yang dibuat oleh si bebal ini mengenai Bukit Kepong.

01 Sep

3 komen »

  1. dah tengok short film “10 tahun sebelum merdeka” daripada Fahmi Reza. Boleh cari kat youtube

    btw takut kamu yang kena diam haha

    Komen ditulis oleh zuhair — September 2, 2011 @ 10:27 pm

  2. Dah lama tengok video tersebut tentang Hartal 1947. Apa kaitannya dengan isu Bukit Kepong? Langsung tiada kaitan!

    Komen ditulis oleh menj — September 5, 2011 @ 3:19 am

  3. saya kagum dgn saudara dlm memprtahankan islam.
    tapi menudh mat sabu syiah dan kata2 kesat tdk patut sbg muslim

    1] tdk boleh menuduh sesama muslim itu blh bawa fitnah.
    2] jgn hanya dgr dr pihak lain teliti apa dikata abg mat. dia tk sokong komunis mungkin betul mat indra di jalan yg benar. moga ALLAH buka jalan bagi kita utk dapat kebenaran.
    3] tgk dr arkib british, tok janggut di gantung terbalik de sebelah nya polis british, kelihatan spt melayu. subhanallah. org islam dibunuh oleh org british tapi dalangnya org islam.
    4] semoga sesuatu itu dibahas secara ilmiah barulah kebenaran itu muncul. bagi saya tahniah abg mat sabu membuka lorong utk pencerahan.

    Komen ditulis oleh noor — September 13, 2011 @ 1:21 pm

Tinggalkan komen anda

Bedøvende kondomer er for alle mænd Kondomer med bedøvende creme er ikke kun for dig, der kommer meget tidligt i samlejet. Det er nemlig ikke din fejl, hvis du kommer hurtigere end din kvinde, for kvinder har af hormonelle årsager brug for at blive stimuleret i længere tid for at opnå orgasme. Prøv et Bedøvende kondom her.