Pendapat Kritis

RSS Feed

Menantu ingin “menguburkan” DSAI

Dengan bongkaknya samseng ini yang merupakan menantu kepada Perdana Menteri yang paling lemah dalam sejarah Malaysia menyatakan hasrat ingin “menguburkan” karier politik DSAI.

Siapa sebenarnya yang berlagak seperti samseng sekarang ini? Saya cukup meluat dengan ceramah politik yang berbaur agresif serta tidak menunjukkan sebarang kematangan politik dalam menangani isu-isu sebenar yang melanda negara sekarang ini. Yang ada hanya serang, serang dan serang lagi peribadi calon di sebelah sana. Tuduhan-tuduhan lama dimainkan kembali, tetapi siapa yang sebenarnya “menjual” ECM Libra kepada bangsa asing?

Saya percaya rakyat Malaysia sudah cukup matang dan kita tidak perlu akan politicking yang seperti ini selepas era 8 Mac 2008. Saya menyeru kepada semua pengundi-pengundi Permatang Pauh agar bersama-sama “menguburkan” parti perikatan yang dipimpin oleh bapa mertua dan menunjukkan kepada menantu bahawa rakyat tidak akan digertak oleh ancaman-ancaman seperti ini.

22 Ogo

1 komen »

  1. entah.. aku pun tak faham.. siapa khairy nie?
    dulu kita nak kenal anak doktor mahathir pun berpuluh tahun. ni kan plak menantu Pak Lah. tetiba jer kan?

    Komen ditulis oleh rohaizad — Ogos 23, 2008 @ 12:20 pm

Tinggalkan komen anda

Bedøvende kondomer er for alle mænd Kondomer med bedøvende creme er ikke kun for dig, der kommer meget tidligt i samlejet. Det er nemlig ikke din fejl, hvis du kommer hurtigere end din kvinde, for kvinder har af hormonelle årsager brug for at blive stimuleret i længere tid for at opnå orgasme. Prøv et Bedøvende kondom her.