Pendapat Kritis

RSS Feed

Mengingati Nurin Jazlin setahun kemudian

Saya sempat membaca artikel dari Sinar Harian mengenai keluarga Allahyarhamah Nurin Jazlin setahun selepas tragedi menyayat hati yang berlaku pada tahun lepas. Saya berasa amat sedih melihat bagaimana keluarga Allahyarhamah cuba untuk meneruskan kehidupan tanpa kehadiran Allahyarhamah di sisi mereka.

Luka di hati keluarga Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin masih belum sembuh sungguhpun telah genap setahun kanak-kanak malang yang berumur sembilan tahun itu dibunuh secara kejam oleh manusia yang tidak berhati perut.

Bagi Jazimin Abdul Jalil, 34, dan isterinya Norazian Bistaman, 36, kenangan terhadap anak kedua mereka itu terus segar terutama dalam menjalani ibadah puasa dan menjelang sambutan Aidilfitri.

Ini merupakan kali kedua mereka menyambut hari raya tanpa kehadiran “kak ngah” di kalangan empat beradik itu.

Sungguhpun pahit untuk ditelan, namun bagi Jazimin, isteri serta tiga lagi anak mereka, terpaksa merelakan pemergian Nurin dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, seakan-akan mengingatkan kembali gelagat Nurin semasa berpuasa dan ketika membuat persiapan menyambut hari raya, kata Jazimin ketika ditemui di rumahnya di PPR Ayer Panas, Setapak di sini semalam.

“Kalau diikutkan hati memang kami tak sanggup untuk beraya dengan ketiadaan Nurin tetapi, kami ada anak-anak lain yang masih memerlukan perhatian…Takkan kami nak terus mengikut perasaan hingga mengabaikan mereka,” katanya sambil merujuk kepada tiga anak mereka iaitu Nurin Jazira, 10, Nurin Jazlina, 7, dan Nurin Jazlisa, 2.

Isterinya pula berkata, hanya baju raya tahun lepas kepunyaan puteri keduanya itu masih disimpan dan menjadi pengubat kerinduan mereka sekeluarga.

Sehingga kini pembunuh Allahyarhamah masih belum dapat dikesan. Untuk latarbelakang kes kejadian ini, sila rujuk kepada artikel Wikipedia mengenai Nurin Jazlin.

18 Sep

1 komen »

  1. ehm..betul. tak tau da apa jadi kat budak ni..

    Komen ditulis oleh tivitune — September 26, 2008 @ 7:57 pm

Tinggalkan komen anda

Bedøvende kondomer er for alle mænd Kondomer med bedøvende creme er ikke kun for dig, der kommer meget tidligt i samlejet. Det er nemlig ikke din fejl, hvis du kommer hurtigere end din kvinde, for kvinder har af hormonelle årsager brug for at blive stimuleret i længere tid for at opnå orgasme. Prøv et Bedøvende kondom her.