Pendapat Kritis

RSS Feed

Penyangak UMNO tidak akan dilayan

Saya telah memadam beberapa komen yang jelas datangnya dari para penyokong UMNO/BN dengan kata-kata kesat dan sindiran terhadap pimpinan Pakatan Rakyat hanya disebabkan jatuhnya kerajaan negeri Perak. Saya mengambil tindakan ini bukan kerana saya anti-demokrasi atau tidak bersifat terbuka kepada kritikan, tetapi kalau inilah mentaliti yang ditunjukkan, saya rasa mereka ini tidak layak untuk melibatkan diri di dalam blog ini. Jadi ini adalah amaran saya: berbicaralah dengan beradab kalau ingin berdebat dan gunakan akal untuk berhujah, atau saya tidak akan teragak-agak memadam komen anda. Kurangnya adab dan ikhlaq dalam komentar yang diberikan menunjukkan betapa kurangnya perhatian ibubapa yang mendidik dan juga ilmu agama yang nipis.

Kasihan, sungguh kasihan!

Suatu ketika dahulu, memang adalah cita-cita saya untuk bergiat aktif di dalam politik melalui Pergerakan Pemuda UMNO dan saya sudah memasang niat ini sejak saya berada di sekolah rendah lagi. Kini pada usia saya yang sudah mencecah 29 tahun (semalam, 6hb Februari), saya amat bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpahan hidayah daripada-Nya, saya telah “melompat” dari parti UMNO yang sekular dan tidak bertamadun dan menyertai Parti Islam Se-Malaysia sebagai ahli seumur hidup pada tahun 2006.

07 Feb

4 komen »

  1. happy birthday… yes PAS go PAS go!

    Komen ditulis oleh superweightkoalabear — Februari 7, 2009 @ 12:51 am

  2. Selamat hari lahir… ya politik umno kotor. .. saya pernah di beri uang RM300 untuk mengundi mereka sewaktu pilihanraya last year tp saya tak layan,

    Komen ditulis oleh Aj — Februari 7, 2009 @ 1:31 am

  3. PAS MEMANG BAGUS PAS SAJA LAYAK MEMERINTAH MALAYSIA. INI PANDANGAN SAYA TERHADAP SENARIO POLITIK SEKARANG UMNO GILA KUASA GILA SEGALANYA.

    Komen ditulis oleh MAS — Februari 7, 2009 @ 11:55 am

  4. saya rasa terpanggil untuk membuat sedikit komen berkenaaan berita panas di perak masa kini. orang yang melompat pati ibarat katak lompat katak, mana dirasanya ada kepentingan diakan melompat sampai tak henti-henti. buat 4 orang katak yang melompat baru2 ini tidak ada dalam kamus PAS jadi jangan diambil bila diadakan pilihan raya nanti, walaupun merayu macam katak selepas hujan. nasihat saya agar carilah pemimpin yang tak macam katak2 tapi carilah yang benar2 kental jiwa dan raganya walau pun susah ataupun senang. boleh mampuslah 4 ekor katak ini.

    Komen ditulis oleh mamarock — Februari 7, 2009 @ 6:50 pm

Tinggalkan komen anda

Bedøvende kondomer er for alle mænd Kondomer med bedøvende creme er ikke kun for dig, der kommer meget tidligt i samlejet. Det er nemlig ikke din fejl, hvis du kommer hurtigere end din kvinde, for kvinder har af hormonelle årsager brug for at blive stimuleret i længere tid for at opnå orgasme. Prøv et Bedøvende kondom her.