Pendapat Kritis

RSS Feed

Aduhai, jahil sangatkah tentang Harimau Malaya?

Harimau Malaya

Saya betul-betul tidak faham kenapa ramai sangat manusia di Sabah dan Sarawak begitu buta tentang nama haiwan. Dipetik daripada Berita Harian:

KOTA KINABALU: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah meminta gelaran Harimau Malaya untuk pasukan bola sepak negara yang menjuarai Piala Suzuki AFF minggu lalu, diubah kepada Harimau Malaysia bagi mencerminkan konsep 1Malaysia, berbanding Malaya yang tidak menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum negara ini.

Mereka menyifatkan gelaran Harimau Malaya bukan setakat tidak mencerminkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia, malah seolah-olah menafikan penyertaan kedua-dua negeri dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Presiden Majlis Belia Sabah (SYC), Kevin Lim, berkata rakyat Sabah turut menyambut kejayaan pasukan bola sepak negara menjuarai piala berkenaan tetapi agak terkilan kerana pasukan itu digelar sebagai Harimau Malaya sedangkan istilah yang sepatutnya digunakan ialah Harimau Malaysia.

“Kami gembira dengan kejayaan pasukan bola sepak negara tetapi dengan memanggil pasukan itu sebagai Harimau Malaya, ia seolah-olah tidak mahu berkongsi kegembiraan dengan masyarakat di negeri ini dan Sarawak kerana kami tidak pernah menyertai Malaya sebelum merdeka bersama Malaysia,” katanya di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak menggunakan istilah Harimau Malaysia bagi menggambarkan kesepaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini dalam memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negara.

Aduhai, jahil benar manusia-manusia ini tentang Harimau Malaya. Atau nama saintifiknya, Panthera tigris malayensis yang merujuk kepada spesis harimau yang khusus terdapat di Semenanjung Malaysia sahaja. Iyalah, kalau hendak ghairah sangat pun mengipas punggung Perdana Menteri yang ada sekarang, apakah perlu otak kamu itu diletakkan di kepala lutut? Selepas ini, kamu namakan semula Universiti Malaya kepada “Universiti Malaysia”, ataupun Keretapi Tanah Melayu kepada “Keretapi 1Malaysia”!

Komen Anda? 2
03 Jan

Keputusan perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF

Keputusannya: Malaysia 3 Indonesia 0

Tahniah kepada pasukan kebangsaan di atas kejayaan ini! Berkat usaha gigih dan skil permainan tinggi yang ditunjukkan oleh Harimau Malaya, ia berjaya membawa kemenangan 3 – 0 mengatasi Indonesia. Yang pastinya, kemenangan ini bukan disebabkan sinaran laser seperti yang dituduh oleh para penyokong pasukan Indonesia.

Komen Anda? 1
27 Dis

Bedøvende kondomer er for alle mænd Kondomer med bedøvende creme er ikke kun for dig, der kommer meget tidligt i samlejet. Det er nemlig ikke din fejl, hvis du kommer hurtigere end din kvinde, for kvinder har af hormonelle årsager brug for at blive stimuleret i længere tid for at opnå orgasme. Prøv et Bedøvende kondom her.