Pendapat Kritis

RSS Feed

Laporan perubatan Hospital Pusrawi

Jika benar Saiful Bukhari telah diliwat, mengapakah laporan perubatan daripada Hospital Pusrawi memberikan kenyataan yang sebaliknya?

Saya berasa amat sukar untuk menafikan bahawa si Saiful ini adalah seorang pembohong dan laporan polis terhadap DSAI dibuat disebabkan konspirasi yang didalangi pihak-pihak tertentu. Tidak tahulah saya kalau ahli-ahli UMNO/BN yang masih mahu menegakkan benang yang basah berkata sebaliknya…..

Komen Anda? 0
30 Jul

Menjawab tunang Saiful Bukhari

Kebetulan saya terjumpa dengan blog milik tunang Saiful Bukhari, pemuda yang membuat laporan polis terhadap DSAI dan mendakwa diliwat olehnya. Saya tidak akan membuat pautan luar kepada blog tersebut, kerana menghormati statusnya sebagai tunang kepada Saiful Bukhari dan ingin memberikannya sedikit private space (ruangan peribadi) untuk tidak dikaitkan dengan isu ini. Namun saya ingin mengulas kenyataannya yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris seperti berikut:

i am well aware of the monstrous battle that is looming ahead. we will weather it out. insyallah we will come thru alright. no matter how long it takes. justice will prevail.

Ini seolah-olah dia membayangkan bahawa dia juga turut bersetuju dengan dakwaan yang dibuat oleh tunangnya. Harus diakui bahawa saya kagum dengan kesetiaannya mempertahankan maruah tunangnya tetapi dakwaan yang dibuat oleh tunangnya begitu serius dan tidak mungkin sesiapa pun akan mempercayai cerita Sodomi Part 2 ini. No matter how admirable your stand is, the fact remains that the odds are against you. Saya berharap saudari sedar akan hakikat ini dan meminta tunang saudari menarik balik fitnah yang telah dilemparkan terhadap DSAI.

Komen Anda? 27
03 Jul

Siapakah Saiful Bukhari?

Memang menarik apabila membaca ulasan seorang bekas pelajar UNITEN mengenai karektor yang terlibat membuat laporan polis dan mendakwa bahawa beliau telah diliwat oleh Ketua Umum KeADILan. Tentunya saya langsung tidak mempercayai dakwaan ini dan apabila membaca ulasan ini maka terbongkarlah tembelang manusia jahanam bernama Saiful Bukhari.

Musang berbulu ayam? Kalau ulasan ini adalah benar…saya kata YA!

Komen Anda? 5
01 Jul

Bedøvende kondomer er for alle mænd Kondomer med bedøvende creme er ikke kun for dig, der kommer meget tidligt i samlejet. Det er nemlig ikke din fejl, hvis du kommer hurtigere end din kvinde, for kvinder har af hormonelle årsager brug for at blive stimuleret i længere tid for at opnå orgasme. Prøv et Bedøvende kondom her.