Pendapat Kritis

RSS Feed

Azmin Ali sah menjadi Menteri Besar Selangor yang baru

Tahniah kepada Azmin Ali, yang sudah sah dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan TSKI. Pada pendapat penulis, seharusnya nama beliau dicalonkan sebagai pilihan Parti Keadilan Rakyat untuk menjadi Menteri Besar yang ke-15 untuk meneruskan agenda Pakatan Rakyat. Bukan kerana DS Wan Azizah tidak layak memegang jawatan itu, tetapi oleh sebab pencalonan ADUN Kajang tersebut boleh dan telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif, terutamanya di kalangan mereka yang kurang arif dengan keadaan politik semasa. Mungkin pencalonan DSWA dilakukan kerana karekter beliau yang boleh menjadi “pendamai” dalam kemelut politik negeri Selangor. Namun demikian, masyarakat masih belum bersedia untuk menerima seorang wanita sebagai Menteri Besar mereka. Itulah hakikatnya dan penulis berpendapat Sultan Selangor mengambil kira sentimen ini apabila akhirnya memilih Azmin sebagai MB yang baru.

Sudah tiba masanya untuk kita “menutup buku” untuk isu ini dan bergerak ke hadapan untuk menjayakan agenda Pakatan Rakyat!

Komen Anda? 0
24 Sep

Kudeta UMNO berjaya

Ini reaksi saya apabila mendapat tahu keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes “MB lwn MB”.

Jadi si Mamak MB itu telah berjaya dalam rampasan kuasa menjatuhkan Menteri Besar Perak yang sah. Dengan memperkudakan Mahkamah Persekutuan, beliau telah berjaya menidakkan hak rakyat Perak dalam menentukan pemimpin mereka dan meludah ke atas kertas undi yang dipangkah oleh rakyat. Namun, tahniah kita harus ucapkan kepada para juak-juak UMNO. Bukan kerana kudeta mereka, tetapi kerana telah berjaya menukar nama mereka daripada “United Malays National Organisation” kepada “United Mamak National Organisation”.

Ya, sedarlah bahawa anda sebenarnya telah menjatuhkan seorang pemimpin Melayu dan menggantikkannya dengan seorang Mamak kutty, teh tarik satu!

Komen Anda? 1
09 Feb

Menteri Besar Perak menceritakan hal yang sebenarnya

Menteri Besar Perak yang sah, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, menceritakan apa yang berlaku di dalam Dewan Undangan Negeri Perak pada 7hb Mei 2009.

Komen Anda? 0
09 Mei

Bedøvende kondomer er for alle mænd Kondomer med bedøvende creme er ikke kun for dig, der kommer meget tidligt i samlejet. Det er nemlig ikke din fejl, hvis du kommer hurtigere end din kvinde, for kvinder har af hormonelle årsager brug for at blive stimuleret i længere tid for at opnå orgasme. Prøv et Bedøvende kondom her.