Pendapat Kritis

RSS Feed

Mansuh PTPTN jejaskan bangsa Melayu?

Pada saya, hujah yang digunapakai oleh Utusan Meloya ini terlalu memualkan untuk dibincangkan. Yang sebenarnya menjejaskan pendidikan Melayu-Islam di Malaysia ini adalah hutang terlalu banyak yang terpaksa ditanggung oleh para pelajar tertiari sewaktu menempuhi alam pekerjaan. Contoh yang paling dekat kepada saya adalah isteri saya sendiri, yang mengambil pinjaman PTPTN untuk membiayai pembelajarannya sewaktu di UiTM. Sehingga ke hari ini, hutang PTPTN isteri saya itu masih belum dilangsaikan lagi. Jumlahnya? Oh, tidak banyak. Cuma RM40K sahaja. Itu pada Utusan tidak banyaklah. Tetapi bagi kami sekeluarga yang baru dua tahun berkahwin dan juga ada zuriat yang perlu dijaga, bebanan seperti ini boleh dikurangkan sekiranya hutang PTPTN dilupuskan.

Komen Anda? 0
11 Apr

Kudeta UMNO berjaya

Ini reaksi saya apabila mendapat tahu keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes “MB lwn MB”.

Jadi si Mamak MB itu telah berjaya dalam rampasan kuasa menjatuhkan Menteri Besar Perak yang sah. Dengan memperkudakan Mahkamah Persekutuan, beliau telah berjaya menidakkan hak rakyat Perak dalam menentukan pemimpin mereka dan meludah ke atas kertas undi yang dipangkah oleh rakyat. Namun, tahniah kita harus ucapkan kepada para juak-juak UMNO. Bukan kerana kudeta mereka, tetapi kerana telah berjaya menukar nama mereka daripada “United Malays National Organisation” kepada “United Mamak National Organisation”.

Ya, sedarlah bahawa anda sebenarnya telah menjatuhkan seorang pemimpin Melayu dan menggantikkannya dengan seorang Mamak kutty, teh tarik satu!

Komen Anda? 1
09 Feb

Hindraf versi Melayu

Pada saya tidak ada bezanya Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dengan gerakan ekstremis HINDRAF yang muncul sekitar tahun 2007 – 2008. Ia hanyalah sebuah pertubuhan nasionalis Melayu yang mendokong ideologi assabiyyah tanpa mengira hukum Islam. Inilah akibatnya kalau amalan politik suku, agama suku, berleluasa. Atas kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu-Islam, PERKASA mendakwa bahawa mereka bercakap bagi pihak orang Melayu.

Saya masih lagi waras, saya tidak pernah dan tidak akan membenarkan kumpulan perkauman seperti PERKASA ini bercakap untuk pihak saya. Apa yang saya maklum, perjuangan saya adalah berteraskan al-Qur’an dan Sunnah, bangsa tidak ada kena-mengena dengan ideologi saya.

Komen Anda? 0
04 Feb

Bedøvende kondomer er for alle mænd Kondomer med bedøvende creme er ikke kun for dig, der kommer meget tidligt i samlejet. Det er nemlig ikke din fejl, hvis du kommer hurtigere end din kvinde, for kvinder har af hormonelle årsager brug for at blive stimuleret i længere tid for at opnå orgasme. Prøv et Bedøvende kondom her.