Pendapat Kritis

RSS Feed

Penjelasan isu “haiwan” bagi penerima bantuan BR1M

TG Nik Aziz

Apabila saya mendengar dan membaca polemik UMNO yang menuduh Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, “menyamakan” penerima BR1M dengan haiwan, barulah saya tahu sebab itulah orang bijak-pandai hanya ada dalam Pakatan Rakyat. Puak-puak ini rupanya tidak tahu hendak membezakan perumpamaan seperti “umpama” dan “kalau” dengan haiwan yang sebenar. Sedangkan perumpamaan Melayu pada umumnnya mengaitkan peribahasa dengan binatang.

Berikut adalah ungkapan TG Nik Aziz dalam konteks yang sebenar ketika berucap sekembalinya daripada menunaikan umrah tempoh hari:

“Orang yang menawarkan [wang] kepada orang, [sama seperti] kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh [berikan] jerami.

Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 [orang akan datang ambil].

Ini bukan cara Islam, [cara] Islam ialah beri ilmu kepada manusia,”

Komen Anda? 0
23 Feb

Mengapa PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR?

Inilah jawapannya: tahalluf siyasi. Ironisnya, penceramah di dalam video pada muktakhir ini sudah lupa akan kata-katanya pada waktu tersebut.

Komen Anda? 0
19 Okt

UMNO mengkafirkan PAS sebagai “parti ajaran sesat”

Seringkali para pengikut assabiyyah UMNgok menuduh PAS “mengkafirkan” mereka dan mempergunakan agama untuk tujuan politik semata-mata. Sekarang lihatlah gambar di atas. Siapakah yang sebenarnya mengkafirkan siapa sekarang? Barangkali inilah ajaran Islam “wassatiyyah” anutan UMNO yang sanggup menuduh PAS sebagai sebuah gerakan “ajaran sesat”. Sedangkan ia tidak pernah difatwakan sebegitu oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atau mana-mana majlis agama Islam peringkat negeri atau Persekutuan sekalipun.

“Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah.” (Surah al-Hujurat: ayat 9-10)

UMNO wajib diperangi dalam apa jua keadaan, kerana melampaui batas dan menghina gerakan Islam yang didukung oleh PAS.

Komen Anda? 0
11 Apr

Bedøvende kondomer er for alle mænd Kondomer med bedøvende creme er ikke kun for dig, der kommer meget tidligt i samlejet. Det er nemlig ikke din fejl, hvis du kommer hurtigere end din kvinde, for kvinder har af hormonelle årsager brug for at blive stimuleret i længere tid for at opnå orgasme. Prøv et Bedøvende kondom her.