Pendapat Kritis

RSS Feed

Mengapa BERSIH 3.0 amat perlu

Ramai dari kalangan yang bebal atau taksub pada parti pemerintah sering memperlekeh-lekehkan BERSIH 3.0 serta matlamat perhimpunan tersebut untuk mendesak supaya pilihanraya yang lebih bersih dan adil dilaksanakan. Mereka sering berkata bahawa BERSIH 3.0 adalah rancangan jahat Ambiga, pengerusi bersama BERSIH 3.0. Mereka juga menghujat bahawa BERSIH 3.0 merupakan agenda mereka yang ingin merosakkan negara dan menjejaskan ketenteraman awam.

Pada saya, suara-suara sumbang ini hanya bertujuan untuk menidakkan fungsi BERSIH 3.0. Mereka tidak memahami apakah itu BERSIH 3.0 dan mengapakah rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat, tidak mengira bangsa atau agama, berkumpul beramai-ramai di jalanraya-jalanraya Kuala Lumpur pada hari Sabtu lepas. Adalah mustahil bahawa Ambiga boleh mengarahkan ratusan rakyat Malaysia untuk bersama-sama mencapai matlamat BERSIH 3.0, kecualilah kalau mereka ini menganggap bahawa Ambiga adalah tuhan.

Gambar yang berikut merupakan salah satu sebab mengapa BERSIH 3.0 harus dan wajar dilaksanakan.

Selagi lapan tuntutan BERSIH 3.0 tidak dicapai, selagi itulah rakyat Malaysia akan terus bangkit menzahirkan protes mereka.

Komen Anda? 0
30 Apr

Saya menyokong sepenuhnya BERSIH 3.0

Insya Allah saya akan menghadirkan diri ke Dataran Merdeka pada 28hb ini untuk menzahirkan sokongan saya untuk pilihanraya yang bebas dan adil.

Komen Anda? 0
10 Apr

Ikrar Pemuda PAS Perak

Pemuda PAS Perak berikrar, bersetia dan berjanji akan mempertahankan hak demokrasi tulen para pengundi Perak dan akan memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Tanda 2:03 minit…itulah seruan yang paling mahal!

Komen Anda? 0
03 Feb

Bedøvende kondomer er for alle mænd Kondomer med bedøvende creme er ikke kun for dig, der kommer meget tidligt i samlejet. Det er nemlig ikke din fejl, hvis du kommer hurtigere end din kvinde, for kvinder har af hormonelle årsager brug for at blive stimuleret i længere tid for at opnå orgasme. Prøv et Bedøvende kondom her.