Pendapat Kritis

RSS Feed

Kudeta UMNO berjaya

Ini reaksi saya apabila mendapat tahu keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes “MB lwn MB”.

Jadi si Mamak MB itu telah berjaya dalam rampasan kuasa menjatuhkan Menteri Besar Perak yang sah. Dengan memperkudakan Mahkamah Persekutuan, beliau telah berjaya menidakkan hak rakyat Perak dalam menentukan pemimpin mereka dan meludah ke atas kertas undi yang dipangkah oleh rakyat. Namun, tahniah kita harus ucapkan kepada para juak-juak UMNO. Bukan kerana kudeta mereka, tetapi kerana telah berjaya menukar nama mereka daripada “United Malays National Organisation” kepada “United Mamak National Organisation”.

Ya, sedarlah bahawa anda sebenarnya telah menjatuhkan seorang pemimpin Melayu dan menggantikkannya dengan seorang Mamak kutty, teh tarik satu!

Komen Anda? 1
09 Feb

MB Haram samakan dirinya dengan Gandhi dan Mandela

Lucu juga apabila saya membaca tulisan beliau yang menyamakan dirinya dengan Mahatma Gandhi, Nelson Mandela dan Martin Luther King Jr. Sejak bilakah Zambry ini dipenjarakan atau direncatkan pergerakannya dengan sebegitu rupa sehingga menerima nasib yang sama dengan mereka yang disebutkan ini?

Saya juga hairan mengapakah beliau, sebagai seorang yang kononnya terdidik di dalam aliran Islam, menggunakan contoh tokoh-tokoh non-Muslim dan bukannya tokoh-tokoh dari dunia Islam itu sendiri? Saya rasa jangankan tokoh-tokoh yang disebut ini, beliau sendiri tidak mungkin dapat menyamakan dirinya dengan tokoh-tokoh Islam seperti Imam Abu Hanifah (diseksa dan dipenjara dengan begitu teruk sekali oleh Khalifah kerana ketegasannya menentang fahaman Muktazillah), Sheikhul Islam Ibn Taymiyyah (dipenjara oleh pemerintah Syria kerana penentangannya terhadap kezaliman) dan Al-Hajj Malik El Shabazz (atau lebih dikenali sebagai Malcolm X) yang juga sezaman dengan Martin Luther King Jr.

Jangan bermimpilah, hai MB Haram berketurunan Mamak! Kamu tidak mungkin akan setanding dengan MB Perak yang sah, Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin!

Komen Anda? 1
13 Mei

Bedøvende kondomer er for alle mænd Kondomer med bedøvende creme er ikke kun for dig, der kommer meget tidligt i samlejet. Det er nemlig ikke din fejl, hvis du kommer hurtigere end din kvinde, for kvinder har af hormonelle årsager brug for at blive stimuleret i længere tid for at opnå orgasme. Prøv et Bedøvende kondom her.