Pendapat Kritis

RSS Feed

Tidak wujud “Perjanjian Pangkor II”

Sesungguhnya memang jelas bahawa perangai manusia-manusia di dalam UMNO ini adalah seperti orang kafir dan orang Yahudi yang suka mengapi-apikan sentimen perkauman dan melaga-lagakan umat Islam sesama sendiri. Tidak wujud sama sekali “Perjanjian Pangkor II” seperti yang diwar-warkan oleh mereka, and perkara ini sudah dinafikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

MB Perak nafi ada Perjanjian Pangkor II

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan dakwaan ada ‘Perjanjian Pangkor II’, persetujuan bertulis antara beliau dengan pemimpin DAP negeri yang antara lain melarang beliau mengatakan Perak diperintah oleh Islam.

Beliau berkata, dakwaan liar itu datang daripada individu di luar parti Pakatan Rakyat, bukannya orang dalam.

Katanya, pemimpin ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat di Perak, iaitu DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bekerjasama secara harmoni dan saling mempercayai.

“Dalam mesyuarat Exco, pemimpin DAP tidak pernah membangkitkan soal pemerintahan Islam di negeri ini.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya kewujudan ‘Perjanjian Pangkor II’,” katanya kepada pemberita di sini, semalam, mengulas laporan akhbar mengenai kewujudan perjanjian itu.

Memang menjadi dasar penyagak UMNO yang suka berbohong. Hapuskan UMNO dari muka bumi dan insya Allah, Islam akan selamat. ALLAHU AKBAR!

14 Jul

3 komen »

  1. Hangpa ni bodoh rupenya, memang tak ada perjanjian pangkor2… tetapi yang realitinya MB Perak jadi babi tunggangan DAP….!

    Sokong PR lagi jahanamkan Ketuanan Melayu dan Hak Istimewa Islam.

    [MENJ: Ketuanan Melayu yang anda banggakan itu tidak menolong sesiapa pun kecuali Bapa, Anak dan Menantu. Biarlah anda terjun dengan angan-angan anda, mereka yang berfikiran akan membangun bersama Islam.]

    Komen ditulis oleh saynitoPAS — Julai 15, 2008 @ 9:55 am

  2. Orang PAS ni tak habis2 kafirkan saudara sendiri…

    [MENJ: Orang UMNO ini tidak habis-habis dengan fitnah mereka. Sejak bila saya mengatakan bahawa orang UMNO adalah kafir? Berperangai seperti orang kafir tidak sama dengan menuduhnya sebagai kafir!]

    sabda Rasulullas sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

    “ Apabila seseorang berkata (menuduh) kepada saudaranya: Wahai si kafir! Maka sesungguhnya perkataan itu akan kembali kepada salah seorang dari keduanya. Sekiranya orang itu tidak layak disebut kafir maka perkataan itu akan kembali kepada dirinya sendiri.” – Hadith Riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi dan Ahmad.

    “Sesiapa yang memanggil seseorang dengan perkataan (tuduhan) kafir atau berkata: Engkau musuh Allah sedangkan dia tidak berhak dengan tuduhan tersebut, maka perkataan tersebut akan kembali kepada si penuduh.” – Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.

    “Janganlah seorang itu menuduh seorang yang lain dengan tuduhan kafir atau fasik, maka perkataan itu akan kembali kepadanya sekiranya orang yang dituduh itu bukan seperti itu (bukan golongan kafir atau fasik). – Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

    Dari nas-nas atau hadith-hadith sohih diatas, para Ulamak Salafus Soleh telah menetapkan suatu kaedah iaitu:

    “Barangsiapa mengkafirkan seseorang muslim maka dialah yang kafir.”

    [MENJ: Pandai pula anda memberikan maksud al-Quranul karim dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Tetapi apabila hukum-hakam Islam seperti Syariah dan Hudud diketepikan, fitnah digembur-gemburkan, maka Quran dan Sunnah ditolak ke tepi pula?]

    Soalan saya:

    1. Siapa sebenarnya yang cuba melaga-lagakan Ummat Islam di Malaysia ni? tengok sahaja artikel anda ada menyebut…: “Memang menjadi dasar penyagak UMNO yang suka berbohong. Hapuskan UMNO dari muka bumi dan insya Allah, Islam akan selamat. ALLAHU AKBAR!”

    [MENJ: Ini berdasarkan respon kepada blog pemfitnah sepertimana yang telah diberikan sebelum ini. Sudah menjadi dasar penyagak untuk berbohong, maka penyangak harus dihapus dari muka bumi.]

    2. Bukan ke PAS tu bekas UMNO? (Tak belajar sejarah ke? Nak cakap semua orang pembohong? dan apa yang semua dari anda adalah paling benar?!)

    [MENJ: PAS tidak berasal dari UMNO, anda ini rupanya tidak membaca sejarah. PAS berasal daripada parti Hizbul Muslimin yang ditubuhkan di Madrasah Ma’ahad al-Ehya as-Sharif di Gunung Semanggul, Perak pada tahun 1947 dan apabila parti ini diharamkan oleh British, ramai yang masuk ke dalam parti-parti lain sehinggalah pada tahun 1956 apabila PAS ditubuhkan.]

    3. Siapa yang menyebabkan perpecahan dikalangan orang Melayu Islam dewasa ini?

    [MENJ: UMNO!]

    Komen ditulis oleh Suara Muda — Julai 15, 2008 @ 10:09 am

  3. Saudara Menj, saya dahulu berfikiran seperti anda sekarang ini… Saya amat memahaminya.

    [MENJ: Rupanya anda tidak tahu sejarah saya. Baiklah, biar saya beritahu anda: saya dahulunya seorang penyokong kuat UMNO. Keluarga saya berlatarbelakangkan UMNO. Tinggal di Pulau Pinang di mana sebahagian besar masyarakat ketika itu dikuasai pemikiran dari UMNO. Namun saya dapat memecahkan tembok kebuntuan dan keracauan yang dicetuskan oleh ideologi sekular UMNO dan beralih kepada Parti Islam Se-Malaysia, dipengaruhi oleh ulasan-ulasan dan tulisan-tulisan dari tokoh-tokoh seperti Syed Muhammad Naquib Al-Attas (“Islam and Secularism”) dan Almarhum Dr. Ismail Raji Al-Faruqi (“Al-Tawhid: Its Implications For Thought and Life”). Saya datang kepada PAS bukan dipengaruhi oleh sentimen semata-mata tetapi kerana ideologi Islam yang jelas didukung oleh PAS dan gagal dipertahankan oleh UMNO. Jadi saya rasa anda tidak mungkin “memahami” saya kerana baru sekarang saya menceritakan latar belakang saya yang sebenar!]

    Bentangkanlah hujah berdasarkan AlQuran dan AsSunnah, bukannya Agama ini ditegakkan dengan logik akal… Main ikut dan hentam membabi buta, siapa nak terima? Saya yakin jawapannya adalah; “Orang jahil sahaja”.

    Saudara mengeluarkan kenyataan: “Berperangai seperti orang kafir tidak sama dengan menuduhnya sebagai kafir!” Kenyataan tersebut adalah perkara yang satu… Tidakkah ini termasuk dalam tuduhan mengkafirkan orang UMNO? Saya dah ramai jumpa yang gunakan alasan ini untuk menentang UMNO yang dilabelkan perjuangan asobiyah dan sebagainya. Last2 mereka mengaku mengkafirkan orang UMNO serta pengundinya… tidak cukup dengan itu, dikatakan pulak undi PAS berpahala… tidak cukup lagi… Undi DAP pun berpahala… Astagfirullah! SYIRIK! SYIRIK!

    [MENJ: Anda cuba memutar-belitkan kenyataan tanpa mengetahui sejarah dan asal-usul saya yang dahulunya dipengaruhi oleh ideologi sekular UMNO dan kini kembali kepada akar-umbi saya yang berteraskan Islam di dalam PAS. Saya jelaskan di sini, saya dahulunya AHLI UMNO! Bagaimana mungkin saya boleh mengkafirkan diri saya sendiri? Adalah tidak masuk akal sama sekali jika saya mengkafirkan diri saya sendiri ketika di dalam UMNO (saya akui bahawa saya jahil dan sesat ketika berada di dalam UMNO tetapi itu bukan bermakna bahawa saya kafir!) therefore your argument is plain nonsense.]

    Hukum Hakam Islam diketepikan oleh UMNO (Pemerintah)?, ini jawapan dari hadith Rasulullah:

    “Dari Abi Umamah al-Bahili, dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam baginda bersabda: Ikatan-ikatan Islam akan terlepas satu demi satu. Apabila lepas satu ikatan akan dikuti oleh ikatan berikutnya. Ikatan Islam yang pertama kali lepas adalah hukum dan yang terakhir adalah solat”. – Hadis Riwayat Ahmad.

    Hudud adalah elimen dalam Islam, sedangkan aqidah Ummah makin terhakis dan lemah…!

    [MENJ: Ya, memang benar hadis Rasulullah s.a.w. dan sekarang ini yang menjadi puncanya adalah UMNO sendiri yang meleraikan Islam satu persatu tanpa menegakkan yang hak dan yang hukum!]

    Ya, benar itu… PAS juga saudara rapat kepada Ikhwanul Muslimin… Pejuangan ini adalah perjuangan Khawarij zaman berzaman, kerana sifat utama khawarij adalah menentang pemerintah yang telah dipilih.

    [MENJ: Jadi anda menuduh PAS dan ahli-ahli PAS sebagai KAFIR (kerana Khawarij telah dihukum KAFIR oleh para ulama terdahulu dan sekarang), jadi sekarang siapa yang mentakfirkan siapa?]

    Berkata Ali r.a. utk menentang dan membatalkan propaganda yg dilaungkan oleh khawarij (tidak ada hukum kecuali dari Allah), maka beliau berkata:

    “Kalimah yang hak tetapi yg mereka inginkan dari laungan ialah kebatilan (kehancuran pemerintah)”.

    [MENJ: Amat lucu sekali! Mula-mula anda menuduh PAS dan gerakan Islam secara amnya adalah kafir (dengan menisbahkannya kepada kumpulan Khawarij yang jelas kekafiran mereka) dan sekarang anda ingin menjadi Syiah pula?]

    p/s: Saya bukan Ahli UMNO 🙂

    [MENJ: Dan saya adalah bekas ahli UMNO yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup. So what is your point?]

    Komen ditulis oleh Suara Muda — Julai 15, 2008 @ 8:58 pm

Tinggalkan komen anda

Bedøvende kondomer er for alle mænd Kondomer med bedøvende creme er ikke kun for dig, der kommer meget tidligt i samlejet. Det er nemlig ikke din fejl, hvis du kommer hurtigere end din kvinde, for kvinder har af hormonelle årsager brug for at blive stimuleret i længere tid for at opnå orgasme. Prøv et Bedøvende kondom her.