Pendapat Kritis

RSS Feed

Twitter sebagai alat penyebaran dakwah

Pada mulanya saya tidak berapa mengambil tahu tentang jaringan sosial ini. Tetapi sejak saya mendaftar akaun untuk Twitter beberapa bulan lepas, saya telah mula sedar bahawa Twitter adalah sebuah aplikasi yang menarik dan pantas untuk menghantar mesej dan berita kemaskini kepada mereka yang melanggan pada akaun saya.

Konsepnya amat mudah: cuma daftarkan akaun Twitter anda dengan username pilihan anda, selepas itu anda war-warkan atau tambahkan seberapa ramai pengikut (followers) kepada akaun Twitter anda. Kemudian anda teruskan kepada kemaskini pendek Twitter, sama ada menggunakan servis Twitter di laman web mereka, atau pun aplikasi Twitter daripada pihak ketiga seperti Twhirl, contohnya. Sekiranya anda membuat kemaskini yang menarik, tentunya akan ada yang akan menjadi follower kepada akaun anda, malah anda boleh menarik trafik ke blog anda sekiranya anda mempunyai jumlah pengikut yang ramai.

Malangnya saya melihat tidak begitu banyak akaun Twitter yang didaftarkan untuk tujuan dakwah Islam. Mungkin sebab konsepnya masih baru, masih ramai orang Islam yang tidak sedar bahawa Twitter adalah suatu wadah yang bagus untuk mengenalkan dunia kepada Islam yang sebenar dan menjawab sebarang pertuduhan yang dikaitkan dengan Islam. Untuk tujuan ini, saya sendiri sudah membuat suatu akaun Twitter yang akan digunakan untuk menyampaikan mesej Islam.

05 Apr

1 komen »

  1. Perkongsian yang menarik 🙂 insyallah saya akan cuba memasukkan unsur2 dakwah, untuk diri sendiri… dan rakan2..

    Komen ditulis oleh zik — April 6, 2010 @ 1:58 pm

Tinggalkan komen anda

Bedøvende kondomer er for alle mænd Kondomer med bedøvende creme er ikke kun for dig, der kommer meget tidligt i samlejet. Det er nemlig ikke din fejl, hvis du kommer hurtigere end din kvinde, for kvinder har af hormonelle årsager brug for at blive stimuleret i længere tid for at opnå orgasme. Prøv et Bedøvende kondom her.